Selasa, 13 April 2010
Dicatat oleh SEKUPAPANB di 6:26 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Dicatat oleh SEKUPAPANB di 6:26 PTG
MOTTO SEKOLAH
Sekolah Ugama PAP Azemah Nikmatul Bolkiah, Kg Mentiri mempunyai moto sekolah sendiri tersendiri iaitu BERILMU, BERAGAMA DAN BERNEGARA.
BERILMU
Membentuk dan melahirkan manusia yang berilmu dan mengamalkan ilmu secara praktis, berkeyakinan, berwawasan, beriltizam dan berdikari.
BERAGAMA
Membentuk dan melahirkan manusia yang beragama, beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT yang mengikut dan mengamalkan agama berlandaskan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah.
BERNEGARA
Membentuk dan melahirkan manusia yang sentiasa taat setia kepada Raja, Bangsa, Negara, Ketua, Guru serta Ibubapa.
VISI SEKOLAH
Melahirkan Insan-insan yang berkemahiran, berkeyakinan, berilmu pengetahuan dunia dan akhirat, mengamalkan ilmunya dan mampu merealisasikan hidup dengan berfalsafahkan konsep Melayu Islam Beraja untuk menjadi warganegara bumi Brunei Darussalam yang taat beragama, berguna kepada mesyarakat, bangsa raja dan negara.
MISI SEKOLAH.
Setelah menyediakan kemudahan-kemudahan asas, tenaga pengajar yang didikasi, suasana pembelajaran dan pengajaran yang harmoni dan teratur, taget seterusnya ialah untuk melahirkan insan-insan yang berkebolehan dan berpendidikan yang cemerlang dan berkualiti.
MATLAMAT SEKOLAH.
Ø Berusaha untuk mengasuh para pelajar menjadi orang yang bertaqwa dan berdisiplin tinggi.
Ø Mengasuh dan membimbing para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akedemik.
Ø Melibatkan sebanyak boleh para pelajar dengan kegiatan ko-kurikulum sebagai penyumbang kepada kesihatan mental, fizikal dan rohani.
Ø Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang harmoni dan menyeronokan.
Ø Sejarah perkembangan pendidikan Agama dan tertubuhnya Sekolah Ugama di Kampong Mentiri
Ø Nama Guru-Guru Besar
PENDAHULUAN
Perkembangan pendidikan agama dikampong Mentiri telah bermula diawal tahun 1950an. Tahun 1962 adalah merupakan kemuncak perkembangannya, dimana seorang guru ugama yang bernama Pengiran Tejuddin bin Pengiran Haji Abu Bakar yang berasal dari Kampong Batu Marang telah dengan sukarela mengajar dan memimpin penduduk-penduduk Kampong Mentiri dalam hal ehwal keugamaan.
Beliau mengajar disebuah pondok (balai kecil) yang didirikan atas kerjasama dan gotong royong penduduk-penduduk kampong yang dipimpin sendiri oleh ketua kampong ketika itu Allahyarham Awang Ahad bin Abd Rahman.
Hari demi hari semangat saying dan cintakan agama yang maha suci itu semakin mendalam disanubari penduduk-penduduk kampong sehinggakan tidak mengira hujan dan panas, mereka sanggup mengambil dan menghantar tuan guru ke kampong Batu Marang dengan melalui jalur-jalur sungai Mentiri yang penuh bahaya dan kesukaran ketika itu.
Disebabkan bertambahnya bilangan murid-murid yang belajar maka atas persetujuan bersama bangunan balai kecil itu tadinya telah dibesarkan sehingga boleh menampung keramaian penduduk dan akhirnya dijadikan tempat menunaikan sembahyang fardu jumaat dan hari raya apabila menjelangnya bulan Syawal dan Zulhijjah.
Atas usaha dan kebijaksanaan dan keikhlasan ketua kampong (Awang Ahad bin Abd Rahman), beliau telah membawa anak buahnya untuk memohon membina sebuah masjid diatas tapak tanahnya sendiri sebagai wakaf seterusnya dijadikan sebagai tempat belajar pelajaran agama di kampong itu.
TERTUBUHNYA SEKOLAH UGAMA
Dari dorongan dan perasaan tanggungjawab terhadap pendidikan agama dikalangan anak-anak, maka atas persepakatan dan sebulat suara ketua dan penduduk-penduduk kampong telah memohon sekolah ugama melalui jabatan-jabatan yang berkenaan, dengan tujuan supaya anak-anak mereka dapat mempelajari dan mendalami pendidikan agama secara khusus di sebuah sekolah ugama.
Maka pada hari Selasa 17hb Januari 1967, tertubuhlah Sekolah Ugama di kampong ini dengan keramaian muridnya seramai 24 orang terdiri dari 13 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan.
Sekolah ini pada mulanya menumpang di bangunan Sekolah Melayu Mentiri, Kawasan Brunei III, yang ketika itu terletak dilereng bukit yang diperbuat daripada kayu dan beratapkan kajang (berdekatan dengan sekolah Rendah Mentiri sekarang), Sekolah ini di bawah pentadbiran Cikgu Md Jaafar bin Abd Karim.
Pada awal penubuhannya, sekolah ini telah ditadbir oleh seorang guru besar bernama Pg. Haji Aliuddin bin Pg. Haji Omarali. Sejak tahun 1970 hingga sekarang sekolah ini telah ditadbir oleh seramai 14 orang guru besar dan lebih 40 orang tenaga pengajar.
Alhamdulillah pada tahun 1987 Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, telah pun berkenan untuk membina sebuah Sekolah Ugama kekal yang terletak di atas sebidang tanah di atas bukit seluas kira-kira 3 hektar.
Maka pada 19hb November 1987 bermulalah pembinaannya dengan perbelanjaan sebanyak $900,000.00 (Sembilan Ratus Ribu Ringgit) dan telah siap pada bulan November tahun 1989. Sekolah ini telah pun sempurna perasmiannya oleh Yang Mulia Dato’ Paduka Haji Awang Mohd Ali bin Haji Awang Mohd Daud, Setiausaha Tetap Kementerian hal Ehwal Luar Negeri ketika itu,pada 28hb Februari 1990, bersempena dengan hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali yang ke enam (VI) dan diberi nama Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Azimah Nikmatul Bolkiah, Kampong Mentiri, Kawasan Brunei II.
NAMA GURU-GURU BESAR
Sepertimana Sekolah-Sekolah ugama lain di negara ini, Guru Besar di sekolah ini juga silih berganti. Ini adalah bagi melicin dan melancarkan lagi pentadbiran sekolah ini.
Sejak sekolah ini mula dibuka iaitu pada tahun 1967 hingga sekarang seramai 15 orang guru telah diarahkan bertugas di Sekolah ini sebagai Guru Besar iaitu seperti berikut :-
Bil | Nama Guru Besar | Mula Berkhidmat | Hingga |
1 | Pg Aliuddin bin Pg Omarali | 07.01.1967 | 20.01.1971 |
2 | Pg Yussof bin Pg Sabtu | 18.02.1971 | 06.02.1974 |
3 | Masuri bin Haji Siraj | 07.02.1974 | 06.04.1982 |
4 | Pg Sulung bin Pg Besar | 07.04.1982 | 02.01.1983 |
5 | Pg Shahbuddin bin Pg Omarali | 03.01.1983 | 18.03.1987 |
6 | Haji Ahmad Salleh bin Haji Bini | 19.03.1987 | 19.01.1988 |
7 | Hajah Nursiah binti Haji Ahmad | 23.01.1988 | 31.10.1989 |
8 | Pg Haji Muhammad Pg Haji Salleh | 01.11.1989 | 21.11.1990 |
9 | Haji Zaidi bin Haji Zakaria | 07.01.1991 | 14.01.1992 |
10 | Haji Muhammad bin Haji Safar | 15.01.1992 | 28.02.1997 |
11 | Haji Abd Kadir bin Haji Hassan | 01.03.1997 | 17.07.1998 |
12 | Haji Hassan bin Haji Abd Kahar | 18.07.1998 | 29.08.1998 |
13 | Hajah Seniga binti Haji Suwadi | 01.02.1999 | 09.05.1999 |
14 | Hajah Rukiah binti Haji Randah | 10.05.1999 | 04.01.2006 |
15 | Hjh Siti Fatimah binti Hj Hamid | 05.01.2006 | Sekarang |
0 ulasan:
Catat Ulasan